
Sulit
5 tahun
Pendarahan hidung tiba tiba
hidung saya tiba2 berdarah dan deras air darah yang keluar, keppala saya sakit sangat, boleh tahu apa punca, dalam pada masa yang sama ketulan darah kecil kecil keluar dari hidung

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Hidung berdarah atau secara saintifiknya ‘Epistaxis’ merupakan sebuah keadaan di mana berlaku kecederaan kepada saluran darah dalam hidung yang menyebabkan berlakunya pendarahan seperti ini.
Antara punca utama berlakunya masalah ini ialah
- menghembus terlalu kuat
- cuaca persekitaran panas terik
- masalah jangkitan bakteria atau virus
- trauma kepada bahagian hidung
- pertumbuhan luar biasa dalam hidung
Bagi masalah sakit kepala yang dihadapi oleh anda, ia mungkin disebabkan oleh kekurangan darah akibat dari kehilangan darah.
Namun untuk menyelesaikan masalah anda, kami memerlukan maklumat tambahan untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang rawatan yang diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.