
Sulit
4 tahun
Pendarahan ketika melakukan seks pertama kali
Saya wanita dalam lingkungan 20an. Saya mengalami pendarahan yang banyak dan merasa sakit apabila melakukan hubungan seks buat pertama kali. Pendarahan masih ada keesokannya. Saya mengambil pil escapelle pada hari kedua dan terdapat cecair berwarna coklat. Adakah saya perlu itu normal atau saya perlu mendapatkan nasihat doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan pada dinding faraj
- Ketidakstabilan hormon
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang pendarahan yang dialami? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Selain dari itu, pendarahan yang dialami oleh anda juga boleh berpunca daripada kesan sampingan pil perancang kecemasan yang diambil oleh anda. Antara kesan sampingannya adalah:
- Gangguan kitaran haid
- Pendarahan dari faraj atau rahim
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Loya dan muntah
- Sakit perut
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Walaupun begitu, sukar untuk kami katakan punca sebenar pendarahan anda berdasarkan soalan sahaja. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.