
Sulit
3 tahun
Pendarahan pada bahagian alat sulit
Saya berumur 26 tahun. Sudah berkahwin 3 tahun dan masih ttc dan ada PCOS. Saya perlukan pendapat, 17/5 saya mengalami cramp perut sehingga sakit dibahagian belakang dan pinggang. 20/5 saya mengalami pendarahan di bahagian vagina selepas buang air kecil, tapi tidak tahu punca dari mana, dan saya rasa pedih seperti bengkak di bahagian clitoris. Semalam 22/5 terjadi sekali lagi. Pendarahan tersebut berlaku sekejap sahaja dan selepas saya lap pada tisu, tiada lagi darah keluar. Darah tersebut seperti darah luka bukan darah period. Last period saya pada 25/4/21.Saya dah cuba urine test tapi result -ve. Saya sudah pergi ke klinik, doc tersebut hanya beri ubat antibiotik sahaja. Perlu ke saya risau dan terus ke hospital ? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah luka pada kemaluan wanita seperti:
- Jangkitan bakteria atau kulat
- Jangkitan penyakit kelamin
- Jangkitan pada pangkal rahim
- Objek dalam faraj
- Akibat hubungan seks
- Kesan sampingan ubat faraj
Memandangkan anda baru sahaja berjumpa doktor, kami sarankan anda untuk mematuhi nasihat dan panduan yang telah diberikan oleh beliau. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang kesihatan anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!