
Anonymous
5 tahun
Pendarahan sebelum procedure HSG
Saya dalam process rawatan kesuburan. Dan kali ke2 saya nak buat procedure HSG tidak boleh. Doktor bagitahu sebab ade darah keluar semasa masukkan speculum duck. Kemudia, procedure xley di teruskan. Apakah pendarahan itu merbahaya. Sebab saya sudah habis cycle period…dan procedure di lakukan pada hari ke 11. Tiada bleeding fume ade Sedikit keputihan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 - 8 hari. Lama haid dapat dikatakan tidak normal apabila berlangsung lebih 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjutan seperti scan dan pemeriksaan darah. Tambahan pula, seandainya mahu mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.