
Sulit
4 tahun
Pendarahan selepas HSG
Hi…sy ada menbuat rawatan HSG 24 feb,hari ke 10 selepas period…saya dah hbis period pada hari ke 5…tpi selepas melakukan rawatan HSG belaku pendarahan selama 4hari 27 feb…pada hari pertama saya demam dan sakit sangat di bahagian perut…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Hysterosalphingography (HSG) merupakan prosedur yang dilakukan bagi melihat sekiranya terdapat masalah anatomi/fizikal dalam sistem peranakan seseorang wanita. Apa yang akan Berlaku Selepas Ujian ini?
- demam.
- sakit teruk dan kekejangan.
- keputihan yang berbau busuk.
- pengsan.
- pendarahan pada faraj.
- muntah.
Sekiranya masalah ini berterusan, anda dinasihatkan berjumpa doktor anda bagi mendapatkan rawatan dan nasihat yang sewajarnya.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!