
Sulit
4 tahun
Pendarahan selepas jatuh
Saya perempuan berumur 24 tahun. Ada sejarah sakit endometriosis dan pernah laparoscopy pada bulan 6, tahun 2019. Saya nak tanya, saya pernah terjatuh di bilik air, pinggang dan perut bahagian bawah sangat sakit. Selepas 1 jam berlaku pendarahan sikit berwarna merah dan tekak saya rasa loya. Adakah normal dan apakah maksud simptom tersebut ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Masalah anda perlu diperiksa dengan lebih terperinci kerana maklumat tambahan perlu didapati untuk mendapatkan kesimpulan. Sukar bagi pihak saya untuk memberikan kesimpulan kerana kekurangan maklumat. Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Keguguran
- Endometriosis
- Komplikasi prosedur laparoscopy
- Kecederaan pada bahagian kemaluan
- Kesan sampingan pil perancang
- Jangkitan penyakit kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!