
khairanimazlan18
5 tahun
Pendarahan selepas mengambil pil perancang
saya wanita berumur 24 tahun , saya baru lepas bersalin 3/11/2019 , selepas sebulan lebih saya kering dari darah nifas , badan saya normal dengan adanya susu badan . pada 18/12 saya telah memakan pil perancang . pada dua minggu lepas tu saya mengalami pendarahan berwarna darah gelap tapi sedikit2 sahaja . hanya memakai pantiliner sahaja sudah cukup . lepas tu darah saya keluar seperti biasa mcm darah haid berwarna darah merah pekat . lepas 7 hari ia masih lagi keluar darah tapi berwarna merah pekat hingga kee hari nie . kenapa yee masalah tu ? bolee tolong ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keadaan ini dapat dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal. Darah yang berpanjangan ini dapat disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Oleh kerana masalah dapat disebabkan oleh pelbagai penyakit, sukar untuk ditentukan yang mana satukah penyakit yang mendasari keluhan anda ini. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan untuk merujuk doktor umum sebelum ke doktor pakar untuk dilakukan evaluasi lanjut tentang masalah anda ini. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.