
Sulit
5 tahun
Pendarahan semasa ovulasi, adakah normal?
Saya wanita umur 20’an. Saya baru berkahwin dan melakukan hubungan buat pertama kali dengan suami, namun saya mengambil morning pill kerana saya dan suami masih belum bersedia untuk mendapatkan anak. Seminggu selepas itu ada berlaku pendarahan selama 1-2 hari, kalau ikutkan tarikh memang masa ovulasi cuma saya ragu adakah normal berlaku pendarahan ini kerana sebelum ini tidak pernah berlaku pendarahan walaupun semasa ovulasi. Saya juga ragu ragu sama ada ianya pendarahan disebabkan ovulasi atau tanda tanda kehamilan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah spotting (keluar cecair coklat) ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Perimenopaus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.