
Sulit
4 tahun
Pendarahan tidak berhenti
Saya wanita 20an… Pada awal Nov yang lalu saya di datangi darah coklat, selepas seminggu darah merah tanpa ketulan pula keluar, dan selepas 2 minggu, darah beserta ketulan darah pekat pula keluar. Darah tidak berhenti sehingga 24 disember yang lalu… Selepas hampir seminggu, daah coklat dan diikuti ketulan darah merah keluar. Saya ingin bertanya apakah perbezaan darah2 tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami memahami akan kebimbangan dan kerisauan terhadap masalah kesihatan yang dialami oleh anda.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan haid coklat. Antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Haid berpanjangan melebihi kitaran normal kerap berlaku dikalangan wanita dewasa. Masalah ini boleh berlaku disebabkan oleh banyak perkara, antaranya ialah :
- Dysfunctional uterine bleeding atau istihadah (punca paling biasa)
*** Penggunaan intrauterine contraceptive device atau IUCD** - Ganggguan anatomi (i.e. polip, kista ovari, fibroid, endometriosis, dll)
- Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
- Pelvic inflammatory disease atau radang pelvis kronik
- Kanser di pintu rahim atau dinding rahim
atau gangguan dari organ yang lain seperti:
- Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
- Sistem bekuan darah yang tidak normal
- Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Anda perlu segera berjumpa doktor yang berdekatan sekiranya mengalami simptom dibawah :
- Pitam atau kelesuan badan
- Kejang atau menggigil
- Mual dan muntah
- Pening atau sakit kepala yang berat
- Aktiviti atau kerja harian amat terganggu
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih