
iRosazniza_98
5 tahun
Pendarahan vigana yang terlalu panjang
Hi, saya iza berumur 22 tahun. Period saya irregular dan sekarang hampir 14 hari berlaku pendarahan ringan so saya confuse sama ada saya period ke tidak sebab saya tidak mempunyai apa apa tanda period seperti biasa . Pendarahannya juga sedikit. Adakah mungkin berpunca daripada acid folic yang saya amik ? Atau ada masalah lain ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keadaan ini adalah tidak normal. Haid yang berpanjangan adalah apabila haid berlangsung lebih 8 hari. Ia dapat dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal. Darah yang berpanjangan ini dapat disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk makluman puan, folic acid diberikan untuk wanita yang merancang untuk hamil bagi membantu mencegah kecacatan otak dan tulang belakang janin yang dipanggil neural tube defects . Untuk mengurangkan risiko kecacatan janin, rekomendasi sebaiknya adalah untuk memulakan pengambilan folic acid sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum hamil. Justeru, harus ditegaskan lagi bahawa pengambilan folic acid tidak mempengaruhi haid anda. Hal ini kerana ia hanya untuk mengelakkan bayi anda cacat sekiranya kekurangan asid folik dalam tubuh.
Oleh kerana masalah dapat disebabkan oleh pelbagai penyakit, sukar untuk ditentukan yang mana satukah penyakit yang mendasari keluhan anda ini. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan untuk merujuk doktor umum sebelum ke doktor pakar untuk dilakukan evaluasi lanjut tentang masalah anda ini. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.