Sulit
3 tahun
Pendengaran tidak jelas disebelah telinga
Hai doctor, saya irinna 21 tahun. Saya mengalami kekurangan pendengaran di telinga kanan saya (almost 5years). Apabila saya buat ujian tutup telinga one by one saya sudah pastikan bahawa telinga di kanan saya kurang jelas manakala telinga di kiri pendengarannya sangat jelas. Sebelum ni, saya merasakan bahawa mungkin terdapat ear wax yang mengeras atau tersumbat didalam telinga kanan saya. Jadi apa patut saya buat?? Saya nak jumpa pakar tetapi saya masih student dan faktor kewangan adalah salah satu punca saya masih tangguh untuk mendapatkan rawatan. If you dont mind, boleh tak bagitau estimate cos untuk rawatan telinga? Dan boleh ke saya dapat rawatan di klinik kerajaan??? Adakah mereka melayan masalah saya ini di musim covid ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tahi telinga tersumbat
- Masalah eustachian tube
- Allergic rhinitis
- Jangkitan kuman dalam telinga
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor di pusat kesihatan.
Klinik dan hospital kerajaan akan berikan pemeriksaan dan rawatan yang sewajarnya walaupun di musim covid ini.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan . Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.