
Sulit
5 tahun
Pengambila postinor
Adakah normal apabila mengambil postinor dan mengalami bleeding yang amat sikit selepas seminggu lebih pemgambilan.hanya beberapa titik sahaja.Ini pengambilan postinor yang kedua saya ambil,masa pertama kali saya mengambil postinor dulu,saya mengalami bleeding yang agak banyak.cuma nak tahu normal atau tidak mengalami bleeding yg amat sikit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Postinor adalah sejenis pil perancang kecemasan yang berfungsi mencegah kehamilan dengan cara melambatkan ovulasi. Harus diketahui bahawa kesan samping yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, masalah perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Masalah perdarahan disini bermaksud boleh jadi haid semakin cepat, atau semakin lambat, semakin berat atau semakin sedikit.
Sedikit info tambahan, Postinor adalah sejenis pil perancang kecemasan. Ia bermaksud, anda tidak digalakkan untuk menggunakannya secara rutin. Maksimal penggunaan adalah satu setiap satu kitaran haid. Bagi merancang dan mencegah kehamilan secara teratur, anda digalakkan untuk mulai menggunakan metode perancang kehamilan lain seperti implan, IUD, pil perancang dan lain-lain.
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.