
Sulit
4 tahun
Pengambilan postinor ketika subur
Doktor apakah fakor faktor hamil masih tarjadi walaupon postinor sudah diambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pil perancang kecemasan seperti postinor Ianya berkesan melalui hormon progestin dalam pil ini. Ia berfungsi dengan mencegah pembebasan telur (ovulasi) semasa kitaran haid. Ia juga menjadikan cairan vagina lebih tebal untuk membantu mencegah sperma sampai ke telur dan mengubah lapisan rahim untuk mencegah telur yang disenyawakan tertanam di rahim. Oleh itu, keberkesanan ubat ini tidak bergantung kepada masa pil ini diambil namun bergantung dengan secepat mana pil ini diambil selepas hubungan seks tanpa perlindungan.
Keberkesanan pil ini untuk mengelakkan kehamilan adalah sebanyak 95% jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.