
Sulit
4 tahun
Pengambilan Vitamin C sebagai suplemen tambahan
Saya seorang wanita berumur 20’an. Saya mempunyai keraguan untuk mengambil satu jenama produk vitamin C sebagai suplemen tambahan disebabkan ia mempunyai kandungan aspartum di dalam nya. Saya ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan aspartum ini seperti keburukan dan kelebihannya. Menurut pendapat kawan-kawan di ruangan FB, pengambilan aspartum dapat menjejaskan sel-sel organ badan dan meyebabkan ketidakseimbangan dalam mikrobiota usus. Adakah pendapat ini benar? Dan bagimana pula pendapat doktor sendiri untuk isu ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Badan kita tidak boleh menghasilkan sendiri vitamin C. Oleh itu, ia harus didapati dari luar seperti dari makanan. Pengambilan vitamin C tanpa preskripsi doktor dibenarkan dan perlu mengikut dos yang telah ditetapkan oleh syarikat yang mengeluarkan vitamin tersebut.
Aspartam merupakan suatu pemanis tiruan yang tidak mengandungi sakarida, digunakan sebagai pengganti gula dalam sebahagian makanan dan minuman. Setiap ubat pastinya memiliki kesan sampingan masing-masing.
Kajian sedang giat dijalankan bagi mengetahui kesan sampingan serta impak ubat ini terhadap badan seseorang. Melalui pembacaan ilmiah kami, ia boleh meningkatkan risiko anda mengalami simptom berikut:
- Pening kepala
- Muntah
- Kemurungan
- Sawan
- Menganggu metabolisma badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.