
Sulit
4 tahun
Penggunaan air liur (saliva) sebagai pelincir
Boleh doktor jelas kan,ada kah berbahaya menggunakan air liur sebagai pelincir apabila melakukan huhungan intim,di faraj atau dubur? Apakah risiko

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang penggunaan saliva sebagai pelincir.
Untuk makluman anda, kebanyakan ahli kesihatan tidak bersetuju dalam penggunaan air liur sebagai pelincir. Hal ini kerana:
- Air liur cepat kering dan boleh menyebabkan luka di bahagian faraj mahupun dubur
- Saliva mungkin mengandungi kuman dalam oral dan boleh menjangkiti kemaluan anda
- Sekiranya pasangan anda mempunyai jangkitan herpes oral, anda mungkin akan dijangkiti penyakit kelamin ini
Saya menasihatkan anda untuk menggunakan pelincir yang lebih baik daripada saliva yang terdapat di farmasi atau kedai kedai berdekatan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit kelamin, anda disarankan untuk melakukan hubungan seksual yang sihat dan selamat seperti:
- Menggunakan kondom
- Tidak bertukar-tukar pasangan
- Mengetahui status penyakit pasangan
- Tidak melakukan aktiviti melibatkan dadah
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.