
Sulit
3 tahun
Pengidap cyst boleh ttc
Saya wanita umur 31 tahun. Saya baru disahkan doc ade cyst ovary berukuran 5cm. Soalan pertama, Boleh ke sy ttc atau perlu buang dahulu cyst?
Soalan ke2, boleh ke saya buat exercise seperti joging atau melompat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda sedang mengalami masalah cyst ovary dan ingin mengetahui sekiranya anda boleh hamil serta melakukan aktiviti bersenam. saya akan cuba memberikan maklumat dengan baik.
Untuk makluman anda, pesakit PCOS lazimnya mengalami masalah datang haid tidak tentu. Kebanyakan wanita akan mengalami haid sedikit atau tidak datang haid untuk 2-3 bulan kemudian haid datang dengan banyak atau berpanjangan. Perkara ini akan menyukarkan proses anda untuk hamil akibat ketidakseimbangan hormon dalam badan. Simptom lain dalam penyakit ini dimanifestasikan oleh tahap hormon testosteron yang tinggi seperti:
- Hirsutism iaitu mempunyai banyak bulu di muka atau badan yang lebih dari biasa
- Kehilangan rambut di kepala.
- Obesiti dan sindrom metabolic
- Jerawat atau kulit muka berminyak.
- Kemurungan atau berubah mood
- Mandul
- Acanthosis nigricans (hitam di bahagian lipatan kulit)
Aktiviti seharian seperti bersenam adalah bergantung kepada keadaan kesihatan anda serta kaedah rawatan yang dijalankan. Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor sebelum melakukan apa-apa aktiviti yang berat kerana ada kemungkinan perkara ini akan memburukkan lagi keadaan anda.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan