
ar.mmf.my
5 tahun
Pengujian bagi Covid 19 meskipun tiada gejala pada hari ke 9 kepulangan dari senarai negara terjangkit yang diumumkan KKM
Sy Lelaki berumur 30 tahun. Travel ke Jepun 20-25/2/2020. Tiada gejala simptom dari hari pulang hingga ke hari ini (hari ke 9 dari 26/02/2020). Isteri dan anak tiada simptom.
Saya diarahkan majikan agar berkuarantin di rumah cukup 14 hari (sehingga 10/03/2020) mulai hari ini dan mendapatkan ujian bagi covid 19 meskipun arahan KKM untuk kuarantin 14 hari di rumah bermula 27/02/2020. Apakah saya perlu menunggu 14 hari baru mendapatkan ujian covid 19? Dan bolehkan saya menuju hospital Sg. Buloh dengan kadar segara meskipun tiada simptom?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya memahami tentang permasalahan yang anda hadapi iaitu apakah langkah yang anda harus lakukan sementara anda menjalani kuarantin selepas pulang dari Jepun. Sepanjang tempoh ini anda harus memantau gejala-gejala COVID19 seperti:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
Memandangkan sedang menjalani kuarantin juga, anda boleh menilai kategori risiko anda. Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19). Pada akhir ujian ini, anda akan diberi keputusan. Maka, sila ikut arahan yang dinyatakan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini. perkhidmatan ini ialah percuma.
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini