
Anonymous
5 tahun
Pengunaan postinor 2
Saya wanita 30an,menyusukn anak berumur 1 tahun 2 bln.skrg saya mengambil pil perancang noriday.pertanyaan saya sekiranya saya terlupa makan noriday lebih dr 12 jam adakh saya boleh menggunakan postinor 2 utk menghalang kehamilan. Dan adakah pengambilan postinor 2 membahayakn anak saya yg masih menyusu dengan saya. Selain dari menyusukn anak saya tidak mempunyai apa2 masaalah lain. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berikut merupakan prinsip penggunaan pil perancang kehamilan (21 hari atau 28 hari):
- Jika lewat 12 jam memakan pil, pil masih berkesan untuk mencegah hamil. Makan pil tersebut sebaik sahaja ingat dan pil seterusnya harus dimakan pada waktu yang biasa.
- Jika lewat melebihi 12 jam, keberkesanan pil mungkin berkurang. Sekiranya tablet lupa diambil secara berturut-turut, risiko hamil menjadi semakin tinggi.
- Jika lebih dari satu pil, lupa dimakan, anda dinasihati supaya berjumpa dengan doktor.
- Jika satu pil pada minggu 1 lupa dimakan, makan pil yang dilupakan sebaik sahaja teringat dan jika perlu, makan 2 tablet sekali gus. Untuk 7 hari selepas itu gunakanlah kondom atau kaedah tambahan untuk mencegah kehamilan.
- Jika satu pil pada minggu 2 lupa dimakan ,makan pil yang dilupakan tersebut sebaik sahaja teringat. Anda tidak perlu menggunakan kaedah tambahan kerana keberkesana pil masih sama.
- Jika satu pil pada minggu 3 lupa dimakan ,anda boleh makan pil yang dilupakan tersebut segera. Selepas habis papan pil ini, janganlah mengambil 7 hari rehat tetapi sebaliknya mulakan papan Mercilon yang baru. Hal ini bermaksud anda tidak akan mengalami haid pada bulan tersebut. Selain itu, anda juga boleh terus berhenti makan pil dari papan tersebut dan berehat 7 hari, kemudian mulakan papan yang baru.
Jika anda mengambil postinor 2 anda bolen mengalami kesan sampingan gangguan kitaran haid akibat daripada dos hormon berlebihan kombinasi kedua-dua jenis pil tersebut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.