
Sulit
4 tahun
Pening, badan shaking
Badan masuk angin sendawa banyak kali kentut banyak kali tp still berangin dan badan shaking

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pening kepala dan angin dalam badan.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk makluman pihak anda, masalah pening kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- vertigo
- anemia (kurang darah merah)
- jangkitan kuman/masalah di dalam telinga
- orthostatic hypotension
- pengambilan ubat tertentu
Berkenaan dengan masalah angin dalam badan, beberapa cara untuk mengurangkan gejala ini. Antaranya ialah:
- Kurangkan memakan gula-gula getah
- Kurangkan minum minuman berkarbonat
- Makan dengan perlahan-lahan
- Kurangkan makanan seperti kacang, kubis, brokoli. Makanan ini menyebabkan pembuangan angin yang berlebihan.
- Makan karbohidrat yang sihat seperti kentang, nasi, dan pisang. Sekiranya anda tengah makan karbohidrat selain daripada ini, anda disarankan untuk mencuba alternatif lain.
- Makan sedikit tetapi kerap. 5-6 kali sehari.
- Kunyah dengan sepenuhnya.
- Bersenam.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, sekiranya anda mengalami gejala ini berterusan/menganggu aktiviti seharian anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala .