
Sulit
4 tahun
Pening, keletihan dan tiada selera
Ayah saya rasa pening, keletihan dan tiada selera nak makan dalam 2 hari sampai sekarang. Saya nak tanya doktor, adakah ayah saya hendak buat COVID-19 swab testing?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini. Maklumat lanjut mengenai masalah beliau adalah diperlukan supaya puncanya dapat diketahui.
Antara sebab mengapa ayah anda mengalami gejala sedemikian mungkin berpunca daripada:
- Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
- Anemia (kurang sel darah merah)
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa ayah anda mengalami masalah sedemikian, pemeriksaan lanjut daripada doktor haruslah dibuat supaya punca dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Untuk makluman anda, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Berkenaan pertanyaan anda, pemeriksaan lanjut harus dilakukan oleh doktor secara fizikal dan klinikal untuk menentukan sama ada ia berpunca daripada COVID-19 ataupun sebab lain. Hal ini kerana gejala penyakit COVID-19 boleh menyerupai gejala penyakit lain juga seperti demam, sesak nafas, batuk-batuk dan lain-lain. Kami sarankan anda memantau gejala yang dialami beliau ataupun terus menghubungi pihak kesihatan sekiranya ayah anda mempunyai sejarah kontak rapat atau pergi ke kawasan berisiko.
Kami juga menggalakkan beliau untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa beliau berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, beliau akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda digalakkan agar terus melakukan kebersihan tangan dengan kerap, pakai topeng muka jika keluar rumah & patuhi SOP PKP & pandemik sesuai dengan garis panduan KKM.
Talian CPRC :
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung di atas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini