
Sulit
4 tahun
Pening kepala dan jalan rasa tak seimbang dah 3 hari
saya wanita 24 tahun, pada hari sabtu saya pergi ke klinik kerana gastrik dan vertigo dan saya di suntik stremstil dan hari berikutnya disuntik kerana alahan ubat. sampai hari ini badansaya still rasa lemah dan pening serta bila berjalan rasa tidak seimbang. adakah kerana gastrik saya? or kesan suntikan alahan itu?

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pening kepala.
Untuk makluman anda, pening kepala boleh berpunca daripada pelbagai sebab antaranya:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo. Iaitu masalah pada telinga bahagian dalam membuatkan anda rasa pusing dan pening
- Penyakit Meniere’s
- Keradangan pada telinga bahagian dalam (Vestibular neuritis atau labyrinthitis) yang berpunca daripada kecederaan ataupun migrain
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Saya menasihatkan anda untuk ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dan rawatan susulan. Hal ini kerana saya tidak boleh merawat anda tanpa pemeriksaan fizikal.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.