
hamb6050
4 tahun
Pening kepala dan mual setiap kali berbaring
hi, saya lelaki berusia 26 tahun. setiap kali saya bangun tidur atau pun baring sekejap, kepala saya akan berasa pening dan tekak berasa mual. tetapi ianya akan berkurang apabila saya duduk sekitar 1 jam. adakah ini perkara yang serius?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekanan darah rendah
- Anemia
- _ Benign positional vertigo_
- Migrain
- Masalah pernafasan semasa tidur- Sleep apnea
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.