
Sulit
4 tahun
Pening kepala , perut memulas , adakah ini tanda hamil
saya dah buat pregnancy test sebentar tadi , mengesahkan bahawa saya tidak hamil , saya membuat pregnancy test kerana , 4hari yang lepas bibir saya terkena air mazi dan air mani , saya kuatir saya tertelan , adakah dengan pregnancy test ni confirm bahawa saya tidak hamil. ataupun pada hari ke14 saya kena buat pregnancy test lagi sekali untuk kepastian ? kerana sekarang saya rasa pening kepala , loya dan perut memulas .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Untuk makluman anda kemungkinan untuk anda hamil adalah tiada kerana walaupun anda tertelan air mani, pensenyawaan tidak akan berlaku. Hal ini kerana, air mani yang masuk melalui mulut akan terus masuk ke bahagian perut dan langsung tidak menuju ke ovari.
Seandainya masih ragu-ragu, adalah dianjurkan untuk anda mengunjungi doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan tambahan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.