
lianayana0012
2 tahun
Pening Kepala , Sakit dada dan Penat
Saya remaja berusia 19 … sy sering sakit kepala sejak 5 tahun yg lalu … namun kalini , keadaan sy makin teruk apabila sy xdpt berdiri lebih lama kerana kepala sy rasa sakit seperti dicekik ,atau xdpt oksigen … selain itu , dada sy sering sakit terutamanya semasa berbaring atau slepas saya berjalan walaupun sejauh 30m … sy akan berasa lelah … sy sering membuat blood pressure test … cntoh bacaan sy untuk kelmarin adalah 115/51,pulm 80 …manakala hari ini bacaan sy 108/ 56 , pulm 90… adakah keadaan sy tidak normal? mohon pencerahan , terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentangmasalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia (kurang darah)
- Dehidrasi (kurang air)
- Malnutrisi ataupun diet tidak seimbang
- Asma
- Migraine
- Sakit jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.