
Sulit
4 tahun
Pening melayang kerap
saya wanita berusia 34tahun, dalam bulan ni sy kerap pening melayang. terutama bila lambat makan, duduk satu2 tempat tanpa bergerak terlalu lama dan kadang2 pening tak kira masa. saya pernah ke hospital dan doktor hanya bagi tahu gastrik dan bagi ubat gastrik. untuk atasi masalah pening melayang ni mcm mn ye doktor? terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan yang harus diajukan untuk pihak kami memahami gejala sebenar yang anda alami.
Namun, untuk makluman pihak anda, secara amnya, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
vertigo
anemia (kurang darah merah)
jangkitan kuman/masalah di dalam telinga
orthostatic hypotension
pengambilan ubat tertentu
Sekiranya anda mengalami gejala ini berterusan/ menganggu aktiviti seharian anda terganggu sila rujuk ke klinik dengan segera. Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih