
Sulit
4 tahun
Pening tiba-tiba (penyakit darah tinggi keturunan)
saya mula mengalami rasa dizzy tiba-tiba minggu lalu. pening yang saya rasakan tak melibatkan sakit kepala tapi ia berlaku time saya tengah duduk sambil buat kerja. beberapa hari lepas tu saya didiagnos mengalami acute gastroenteritis (cirit-birit dan muntah). masalah cirit-birit dan muntah sudah ok keesokan harinya selepas saya ambil ubat klinik. tapi rasa dizzy tu masih ada. di klinik tempoh hari doktor ada memeriksa tekanan darah dan denyutan nadi saya, katanya sedikit tinggi, tapi mungkin kesan daripada acute gastroenteritis itu. apakah kemungkinan saya mengalami penyakit darah tinggi kerana arwah ayah saya ada menghidap penyakit tersebut. umur saya baru masuk 40 tahun dan setahu saya dalam adik-beradik memang tiada masalah kesihatan. apa pandangan doktor dan apa yang perlu saya lakukan atau ambil (pemakanan) untuk mengatasi masalah ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Untuk pengetahuan anda, pening kepala boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti:
- Vertigo
- Tekanan darah rendah
- Masalah cerebellum
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
- Anemia (kekurangan darah merah)
- Jangkitan telinga
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah pandangan kami secara am. Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mengenal pasti puncanya.
Untuk persoalan darah tinggi anda pula. Penyakit darah tinggi ini tidak dapat dilihat melainkan keadaan tersebut tidak terkawal dan tekanan darah anda terlalu tinggi. Untuk mengetahui sama ada anda mempunyai darah tinggi ataupun tidak, tekanan darah perlu diambil dan doktor perlu mengesahkan bahawa anda menghidap penyakit tersebut.
Penyakit darah tinggi dapat dibendung dan dikawal dengan melakukan langkah berikut:
- Sentiasa bersenam dan kekal aktif
- Mengawal pengambilan makanan
- Jika anda mengambil ubat darah tinggi, anda perlulah patuh arahan pengambilannya seperti yang diarahkan oleh doktor
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk penjelasan lanjut daripada doktor kami. Terima kasih.