
Sulit
4 tahun
Penukaran susu utk bayi
hai doc… bayi sy berusia sebulan dan sy memberikan susu badan dan juga susu fm kerana susu badan sudah mula kurang… sy memberikan susu A tetapi anak sy tidak sesuai… mengalami sembelit… kemudian sy memberikan susu B… anak sesuai… soalan sy, jika sy bertukar kepada susu C (rumusan yg lebih baik) walaupun anak sudah sesuai dengan susu B boleh ke? contohnya hari nie sy memberikan susu B kemudian sy bercadang untuk tukar susu kemudian keesokkan harinya sy memberikan susu C… akan ada apa2 masalah tak?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Umumnya seoranag ibu akan mampu memberikan susu ibu sehingga anak bayi mencecah umur 6 bulan. Pemberian susu ibu adalah sangat digalakkan kerana ia mempunyai kandungan nutrisi yang jauh lebih baik dari susu formula (susu tepung). Oleh kerana informasi yang diberikan adalah adalah sangat singkat, saya tidak dapat merungkai situasi sebenar anda.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Justeru untuk mengetahui punca masalah sebenar susu badan yang dikatakan berkurang, anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Selain itu anda juga boleh mengemukakan soalan perihal susu formula yang terbaik untuk anak anda.
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).