
Sulit
4 tahun
Penyakit kelamin atau penyakit sipilis
Sya wanita dlm lingkungan 20an keatas…sy mengalami bintik2 di alat sulit sy and sukar untuk sya membuang air kencing…sukar untuk sya berjalan…mengeluar cecair berwarna hijau n darah di bahagian alat sulit sy…adakah ia boleh sembuh?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Jangkitan salur kencing atau kencing kotor (urinary tract infection)
- Karang dalam salur kencing
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Radang kulit
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada kulit
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca mengapa anda mengalami masalah tersebut berdasarkan kenyataan yang diberikan sahaja. Berkenaan sama ada ia boleh sembuh ataupun tidak, anda perlu diperiksa terlebih dahulu, oleh itu kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya puncanya dapat diketahui dan rawatan khusus dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.