Sulit
5 tahun
Penyakit mata ikan @ gelembung di air
Mula mulanya dekat area tapak kaki saya timbul satu biji… Saya x tau lagi apa benda itu… Tp bila pijak sakit… Lama kelamaan biji tu makin merebak n bertambah… Saya susah nak berjalan. Biji tux dk nanah…x dk darah… Cuma dlm biji tu…saya blh nmpk ada rongga kosong yang berlubang…lama kelamaan rongga tu berlubang makin besar dan sakit… Saya dh cuba try cari cara nak merawat tp melalui pembedahan… Ada x cara yang lain
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut berkenaan penyakit mata ikan ini di sini.
Terdapat beberapa sebab lain yang boleh menyerupai penyakit mata ikan:
- Melanoma
- Tungiasis
- Kanser kulit (squamous cell carcinoma)
- Reaksi terhadap luka
- Ulser kaki diabetik (diabetic foot ulcer)
Walaupun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar sakit anda supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Kami tidak dapat memberikan sama ada anda mempunyai mata ikan memandangkan kami memerlukan maklumat lanjut dan perlu melakukan pemeriksaan fizikal kepada anda.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih cerah daripada doktor kami. Terima kasih.


































