
ainmaizatul4
5 tahun
Penyakit Tekanan Darah Tinggi
Saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang rawatan perubatan moden penyakit darah tinggi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Berikut merupakan antara rawatan yang ditawarkan untuk penyakit darah tinggi.
Perubahan gaya hidup dan pemakanan. Antaranya ialah:
- Mengurangkan pengambilan garam dalam makanan
- Makan makanan yang berkhasiat atau makanan yang membantu mengurangkan tekanan darah seperti bawang putih, kayu manis, halia, minyak ikan dan herba hawthorn
- Bersenam secara rutin
- Berhenti menghisap rokok
Manakala untuk ubat-ubat pula, yang sering digunakan untuk menurunkan tekanan darah ialah:
- Penghalang beta “beta-blocker”
- Perencat ACE (“ACE inhibitors”)
- Diuretik
- Penghalang reseptor angiotensin 2 (“Angiotensin 2 receptor blocker”)
- Penghalang saluran kalsium (“calcium channel blockers”).
Doktor akan memberi preskripsi dan memilih ubat mengikut keadaan semasa pesakit kerana kesemua ubat mempunyai fungsi dan kesan sampingan yang tersendiri dan tidak boleh digunapakai oleh orang lain.
Secara amnya, tiada makanan atau ubat-ubatan yang mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi sepenuhnya. Walaupun risiko untuk mendapatkan penyakit darah tinggi meningkat akibat daripada faktor-faktor yang tidak boleh dielakkan, namun tekanan darah tinggi boleh dikawal melalui penggunaan ubat yang betul dan berdisiplin. Kesan dan komplikasi akibat daripada permasalahan ini juga boleh dikawal dan dielakkan jika pesakit mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat.
Berikut hanyalah jawapan am bagi soalan yang diajukan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.