
Sulit
5 tahun
Perbezaan perut buncit dan hamil
Salam, saya ingin mendapatkan kepastian tentang perbezaan perut buncit dan perut mengandung di fasa first trimester. Bagaimana keadaan perut mengandung di peringkat awal kehamilan? Saya mengalami perut buncit, saya sedang makan ubat pil hormon (Liza oral contraceptive) kerana saya sudah tidak datang period selama 3 bulan. Saya buat upt result negatif menggunakan Clearblue pregnancy test. Saya keliru tak tau apa puncanya saya tak datang period. Adakah saya hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid yang lewat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari daripada hari pertama haid terakhir. Ia dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.