
Sulit
4 tahun
Perencangan keluarga
Sy tidak perasan bahawasanya suami sy telah melepaskan dlm, sy baru perasan dlm beberapa jam itu… Sy telah mengambil postinor, dan 12 jam selepas itu, sy mengambil sebiji lg… Selepas 12 jam plak, sy telah minum air kelapa… Soalan nya, adakah postinor itu masih berfungsi??

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan bacaan ilmiah kami, tidak ada kajian yang menunjukkan bahawa air kelapa dapat menjejaskan keberkesanan ubat ini.
Sekiranya tempoh berhubungan masih kurang seminggu, anda boleh berbincang dengan doktor tentang masalah ini. SIlakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.