
Sulit
4 tahun
Perineal wound breakdown
Hi doctor, i hv perineal wound breakdown. I gave birth to my son 4 years ago. It happened dalam masa setahun, mula2 the 1st stitch tear, then the 2nd one. Now lg beberapa cm to my anus. Internal stitch i tak tau, but when i touched the tear area, ada rasa pedih. Should i be worried for infection? Will it heal on its own or do i have to re-stitch it? And plus, i have hemorrhoids. Took medicine for it, my my work requires me a lot of sitting. So it won’t go awak. Tp takda bleeding, just a small bump on the outside of my anus. Would be glad if you can help me

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, pihak kami tidak boleh menentukan rawatan yang sesuai untuk anda kerana maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Memandangkan anda telah berjumpa dengan doktor dan telah menerima rawatan dari mereka, saya sarankan untuk anda mengikut nasihat yang diberi oleh doktor yang merawat anda. Kami faham luka itu pedih tetapi anda disarankan memberi doktor melihat tempat kemaluan anda supaya rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Berkenaan buasir, anda hanya perlu berjumpa kepada doktor jika terdapat darah apabila membuang air atau tempat punggung anda enjadi sakit akibat buasir itu. Anda juga perlu melebihkan memakan sayur-sayuran dan sentiasa bersenam bagi mengatasi masalah buasir.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.