
Sulit
4 tahun
Period 2 minggu. Masih tidak bhenti
Hai doc. Saya 3 thn mgambik perancang jnis enjit depo. Selama tu period tak teratur. Last sy dtg priod 2019 hujung 11. Pd tahun 2020. Setahun sya tidak langsung period. .bulan 8 sya behnti enjit depo. Sy masih lagi tak dtg period. Sy ada minum the jamu. Pda bulan 1 2021. Mula sy datang period 21 hari bulan smpai skrg 10 haribulan 2. Masih ada lgi tidak berhenti… Adakah ni normal doc or ada kesan lain.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan yang anda dalam hal ini iaitu haid berpanjangan. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor risiko seperti usia dan masalah kesihatan yang boleh menjejaskan kitaran haid. Bagi hampir 50% wanita yang mengalami masalah ini, punca haid berpanjangan tidak diketahui.
Namun, ia adalah penting seseorang itu mendapatkan pemeriksaan yang teliti untuk mengenalpasti jika terdapatnya sebarang masalah melalui sesi bersoal tanya mengenai gejala yang dialami, pemeriksaan fizikal serta ujian tambahan.
Kadangkala, punca menstruasi berlebihan disebabkan oleh apa-apa penyakit atau keadaan yang boleh menjejaskan struktur dan fungsi rahim dan ovari seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding atau istihadah (punca paling biasa)
- Gangguan kadar hormon dalam tubuh
- Penggunaan intrauterine contraceptive device atau IUCD
- Ganggguan anatomi (i.e. polip, kista ovari, fibroid, endometriosis, dll)
- Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
- Pelvic inflammatory disease atau radang pelvis kronik
- Kanser di pintu rahim atau dinding rahim
atau gangguan dari organ yang lain seperti:
- Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
- Sistem bekuan darah yang tidak normal
- Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Buat sementara waktu anda disarankan untuk:
- Berhenti menggunakan produk jamu kerana ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik untuk kesihatan tubuh badan
- Kerapkan bersenam (yang ringan atau sesuai kondisi tubuh)
- Mengambil suplemen seperti:
- zat besi (menggantikan sel darah merah yang hilang)
- vitamin B & D (membantu gangguan kitaran haid)
- fish oil (boleh membantu dalam mengurangkan krem haid)
- Rehat secukupnya
- Mencatatkan perkembangan gejala (sekiranya berlaku)
Anda perlu segera berjumpa doktor yang terdekat semula, sekiranya mengalami:
- Pitam atau kelesuan badan
- Kejang atau menggigil
- Mual dan muntah
- Pening atau sakit kepala yang berat
- Aktiviti atau kerja harian amat terganggu
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda dan rakan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!