
Sulit
3 tahun
Period 3 bulan Tak datang
Dan muntah² bile saya try check pregnant test. Takde keluar pon dua baris. Saya sendiri Xtau apa masalah dalaman saya. Saya Tak berkhawin lagi Dan Umur saya masih 21 Tahun. Adakah saya ad masalah dalaman?

3 tahun
Salam Sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami memahami kerisauan anda dan akan cuba membantu.
Untuk pengetahuan anda, masalah haid lewat boleh berpunca daripada beberapa perkara. Antaranya :
- Stres
- Berat badan yang tinggi
- Kehamilan
- Pengambilan perancangan keluarga atau ubat hormon lain
- PCOS
- Sista ovari
Bagi mengetahui punca masalah anda, kami perlu maklumat lanjut serta menjalankan pemeriksaan fizikal dan ujian tambahan. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya punca masalah anda dapat disiasat.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.