
Sulit
4 tahun
Period anak yang berumur 12 tahun lebih 1 bulan
Anak saya berumur 12 tahun. Sudah hampir 2 bulan periodnya masih belum berhenti. Saya sudah berjumpa doktor di klinik. Buat masa ini doktor menyarankan anak makan multivitamin. Adakah saranan lain daripada doktor

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anak anda hadapi. Untuk makluman pihak anda, ramai remaja perempuan mengalami masalah dengan kitaran haid kerana sistem yang mengawal hormon masih belum cukup matang.
Terdapat beberapa kemungkinan penyebab peningkatan pendarahan haid, juga dikenal sebagai menorrhagia. Antaranya:
- Gangguan pendarahan
- Jangkitan pada saluran pembiakan
- Beda asing di saluran pembiakan
- Ketidakseimbangan hormon seperti penyakit tiroid
- kelainan struktur pada saluran pembiakan
- Sista ovari
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anak anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.