
Sulit
3 tahun
Period apabila berasama
saya wanita dalm 20 an . saya datang haid pada 31/05 hingga 14/06 . dlm kitaran haid tu darah saya kejap ada kejap tak ada . selapas 14/06 saya bersama suami saya biasa sahaja . pada 17/06 pula saya bersama keluar darah . Adakah itu normal ? ataupun sy prlu jumpa pakar ?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami pendarahan selepas bersama dengan suami adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Spotting sewaktu ovulasi
- Pelincir tidak mencukupi.
- Luka pada faraj
Namun, perkara ini juga boleh menandakan perkara yang serius seperti:
- Jangkitan kuman atau virus
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Kanser serviks
- Keradangan pada vagina atau serviks
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.