
adnin_82
5 tahun
Period berpanjangan tetapi sedikit
Saya adnin berumur 37 tahun, mempunyai 3 orang anak. Saya mengalami haid yang lama iaitu lebih kurang 18 hari sejak 2 bulan lalu. Saya pernah menhadapi masalah sama 2 tahun lepas. Saya dibekalkan dengan ubat hormon oleh doktor, dan period saya kembali teratur dan normal selepas itu. Sejak 2 bulan lepas, saya mengalamk tempoh period yang panjang iaitu lebih dari 2 minggu, kemudian period berhenti selama 12 hari, dan kemudian sehingga kini sudah 17 hari period saya masih belum berhenti. Boleh doktor cadangkan ubat atau rawatan yang sesuai untuk masalah saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur dan haid berpanjangan ini ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Berat badan berlebihan
Mengambil pil perancang kehamilan
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
Ketumbuhan fibroid atau polip
Dysfunctional uterine bleeding
Penggunaan alat IUD
Kanser rahim atau cerviks
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelumkesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.