
Sulit
4 tahun
Period dan mengandung
Adakah period tetapi tiada sakit senggugut boleh menyebabkan mengandung ya? Biasanya setiap kali period mesti sakit senggugut. Sekarang period takde rasa senggugut dan darah keluar warna merah terang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai kitaran haid. Ia adalah normal untuk berasa sedikit sakit ketika sedang datang haid. dan mengalami perubahan warna dan kualiti darah haid anda.
Terdapat beberapa keadaan di mana seseorang boleh berasa sakit ataupun tidak selesa semasa sedang datang haid:
- Fibroid
- Polip rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian dan anda perlu diperiksa oleh doktor untuk mengetahui punca sebenar.
Untuk menjawab persoalan anda, tiada sakit senggugut semasa datang haid tidak berkaitan dengan kehamilan.
Jika anda mempunyai persoalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) dan bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.