
Sulit
4 tahun
Period datang lambat lebih seminggu
Hai doc, sy dah lambat period salama 7hari…tapi ada rasa tidak selesa pada bahagian perut… bila check guna upt masih negative… adakah masih terlalu awal untuk sy check…dan untuk makluman sy penah mengandung kandungan luar rahim jadi tiub sebelah kanan sy telah di buang… adakah peratusan tuk sy hamil lagi?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi iaitu tidak datang haid sejak seminggu. Untuk pengetahuan anda terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan kitaran haid anda terganggu atau berhenti.
- Kehamilan
- Tekanan emosi
- Kehilangan berat badan
- Terlampau banyak bersenam
- Menggunakan pil kontraseptif atau pil perancang
- Menopaus
- Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)
Haid boleh juga lewat sebagai kesan penyakit seperti penyakit jantung, diabetes yang tidak terkawal, masalah kelenjar tiroid dan menopaus yang terlalu awal.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Anda masih boleh hamil lagi apabila tiub fallopian anda sebelah kanan telah dibuang kerana anda masih mempunyai tiub fallopian sebelah kiri. Namun, peratusan untuk anda hamil semula adalah lebih rendah daripada wanita yang mempunyai kedua dua tiub fallopian.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Anda risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!