Sulit
5 tahun
Period datang lambat,ubat Yang sesuai utk turunkan period
Sya brumur 20an dan belum berkawin,untuk bulan 1,period sepatutnya dah datang, mengikut period calendar yg ada dlam phone tp Kali ni period terlewat 5 Hari,sebelum ini period pun tak teratur then jmpa Dr,dia Kasi 1 ubat ni utk turunkan period tapi sya dah lupa apa nama ubat Tu,tp once period dah teratur sya terus stop ubat Tu. jadi…skrang ni adakah sya perlu consume semula ubat Tu Dan apakah Nama ubatnya?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
























