
Anonymous
5 tahun
Period datang sekali skala
Hi… Saya berumur 26tahun ini… Sejak saya 15tahun period saya sangat tak stabil… Ada dlm masa setahun, jarak 2…3 bulan baru saya akan period. Tp masa saya dah mula masuk Uni… (umur dlm lingkunan 19-21/22) period saya sudah okay. Pernah jumpa doctor biasa… Doctor cakap kemungkinan hormon saya tak stabil plus saya tak cukup darah sel merah.
Jadi doctor sarankan saya makan ubat sangobion utk tambah zink dlm badan. Dan alhamdulilah period kembali normal.
Tapi sejak akhir2 ni… Saya tak makan ubat tu since early this year dan masalah tu datang balik. Saya tak dtg period since april. Boleh terangkan kenapa.
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan kedatangan haid yang lewat boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Berat badan yang rendah
- Diet yang tidak stabil
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang etrlalu aktif dan padat
- Masalah kalenjar tiroid/pituitari ataupun ovari
- Sindrom polisistik Ovari
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.