Sulit
5 tahun
Period delay tapi UPT negatif
Saya berumur 39 yrs. Period teratur dan anggaran cycle adalah 30hari. Bulan July 2020, period saya delay selama 8 hari. Tetai UPT saya -tive. Minggu yg sepatutnya period saya mengalami cramp dibahagian rahim serta simptom2 macam hendak datang period. Now, still lg sakit di bahagian breast (being so sensitive) Adakah saya hamil? Perlukah saya berjumpa doktor atau tggu lagi beberapa hari dan ulang semula UPT?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid lewat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara selain dari kehamilan. Antaranya:
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Selain itu, terdapat juga keadaan di mana ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) boleh menunjukkan keputusan negatif walaupun anda mengandung dalam beberapa keadaan iaitu:
Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
Kerosakan alat ujian kehamilan
Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Oleh itu, anda disarankan untuk melakukan UPT sekali lagi selepas 2 minggu haid anda lewat bagi memastikan anda hamil atau tidak.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui dengan lebih tepat, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

























