
Sulit
4 tahun
Period dh lewat 18 hari
Sya nak tnya. Dan sya pelik. Period sya dh lewta 18 hari. Bila cek upt still negetif tp bila sejam selepas tu. Nmpak naik double line… Samar2… Upt tu rosak ke? Upt tu sya beli lma dh… Tahun lpas… Sya ad baca kna letk dlam peti. Jdi sya xpsti… Then. Sebelum lewat period. 8 hari sya kluar lendir cmpur darah .mohon penjelasan

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Untuk makluman anda, ujian UPT ini adalah lebih baik diambil pada 1 minggu selepas tarikh haid yang terlepas, ataupun 2 minggu selepas tarikh bersama suami, bagi mendapatkan keputusan yang tepat mengenai kehamilan anda. Ujian UPT ini berfungsi dengan mengesan hormon kehamilan iaitu HCG yang mengalir pada darah anda, dan hormon HCG ini hanya akan dirembeskan dalam badan jika terdapat persenyewaan dalam rahim yang berjaya. Kemungkinan jika anda mengambil ujian tersebut pada 2 hari selepas bersama suami akan menunjukkan keputusan palsu ataupun keputusan negatif, kerana rembesan hormon HCG tersebut adalah masih pada kadar yang rendah.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul.
Walau bagaimanapun, kelewatan haid yang diiringi dengan perubahan tubuh juga boleh disebabkan oleh:
- tanda-tanda awal kehamilan (darah implantasi yang berbeza dengan darah haid yang lazimnya di dapati)
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.