
Sulit
3 tahun
Period,fatigue,urine problem
Assalamualaikum doc,saya gadis berusia 20 tahun.soalan saya,saya selalu kencing kerap dan kencing tu sometimes kena paksa. Dah lebih kurang setahun dan saya menghadapi masalah ni. period pain saya pulak start teruk dalam setahun ni. Saya rasa sakit sangat terutamanya di bahagian pinggang, dada dan mostly bahagian abdomen belah kiri. Waktu period juga rasa sakit sangat nk berak tapi rasa macam ada benda besar nk jatuh dari dalam badan.Saya terbaca endometriosis boleh menyebabkan gangguan kencing. Tapi period saya normal,tidak heavy flow dan paling lama 8 hari. tapi 2 bulan lepas mmg ada period saya keluar warna hitam dan stop selepas 3 hari dan sambung semula keesokan harinya.tapi hanya waktu tu ja.saya jugak perasan air kencing saya ketika hari saya akan datang period akan start keluar darah dalam air kencing walaupun waktu tu tiada darah period keluar lagi tapi selalunya akan keluar pada hari yg sama.saya pernah pergi check dan doc kata mmg ada darah dalam air kencing saya. Saya risau.perlukah saya berjumpa doctor? Adakah kemungkinan saya menghidapi sebarang penyakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Penyakit radang panggul
- Endometriosis
- Infeksi saluran kencing
- Fibroid dalam rahim
- Policystic Ovary Syndrome
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor