Sulit
5 tahun
Period lambat 10 hari adakah sye hamil
sya berumur 35 thn. sudah berkahwin, sewaktu bersama suami, berlaku pendarahan, tetapi bukan period.now period sye lewat 10 hari dri tarikh sebenar. adakah sye hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, pendarahan yang berlaku selepas bersetubuh mungkin berkait dengan kelewatan haid ataupun tidak. Pendarahan yang berlaku selepas bersetubuh boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Kecederaan pada alat sulit ketika bersetubuh
- Ketumbuhan polip atau fibroid
- Cervical ectopion (penghakisan dinding serviks)
- Jangkitan kulat (Thrush)
- Kanser serviks
- Masalah sel pendarahan.
Bagi kelewatan haid, ia mungkin perkara yang tidak perlu dibimbangkan melainkan ia berlanjutan sehingga berbulan-bulan. Antara sebab-sebab yang boleh menyebabkan kelewatan haid ialah:
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan atau berat badan yang terlalu ringan.
- Masalah tiroid
- Kencing manis
- Sindrom polisistik ovari (PCOS)
- Penyakit kronik yang lain
- Penggunaan kontraseptif.
Untuk makluman lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

























