
Anonymous
5 tahun
Period lambat 10 hari
Sya wanita berumur 20an sda berķahwin . Syaa last period bulan 5 tanggal 26 , tapi smpai hari ni period sya blum dtang lagii …

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Punca-punca yang boleh menyebabkan haid tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
•Tekanan emosi yang terlampau
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Berat badan berkurang secara drastik atau berlebihan
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
• Masalah organ reproduktif wanita seperti fibroid
Anda boleh lakukan ujian upt di rumah atau ke klinik untuk ujian lain bagi pengesahan sama ada anda hamil atau tidak.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.