
Sulit
4 tahun
Period Lambat 5 Hari
Hai doc saya nak tanya . Normal ke kalau period lambat 5 hari ? Bulan lepas saya period 11/10 … bulan nie blom lgy… bru2 nie saya ade consume susu kambing, itu boleh menyebabkan period lewat ke ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan anda kepada kami.
Kami memahami kegusaran anda mengenai haid anda yang datang lewat dari sepatutnya. Terdapat beberapa sebab mengapa anda boleh mengalami masalah haid datang lewat. Kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut mengapa anda mempunyai masalah ini seperti adakah ini pertama kali haid anda datang lewat, bagaimanakah kitaran haid anda sebelum ini dan sebagainya.
Terlebih dahulu anda perlu mengetahui kitaran haid anda pada setiap bulan. Kebiasaannya, kitaran haid untuk wanita normal adalah antara 21 ke 35 hari dan alirannya antara dua ke tujuh hari untuk setiap kitaran.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk menjawab persoalan anda, kami tidak dapat memberitahu sama ada susu kambing tersebut menyebabkan haid anda datang lewat ataupun tidak kerana kami tidak mengetahui kandungan lain yang terdapat di dalam susu lembu tersebut.
Berikut merupakan faktor mengapa seseorang itu mempunyai masalah haid lewat:
- Kehamilan; jika anda pernah bersama suami baru-baru ini, anda boleh melakukan ujian kehamilan menggunakan kit UPT sebagai langkah pertama
- Umur; Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS) - Penyakit ini menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang dan tidak dilepaskan ke tiub Fallopio.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancang, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Ketidakstabilan hormon disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda haid anda datang lewat dari waktunya.
Saranan kami yang lain adalah anda perlu merekodkan kitaran haid anda di dalam diari ataupun apps di dalam telefon pintar anda untuk melihat bentuk kitaran dan tempoh aliran haid anda pada setiap bulan. Anda juga dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar haid anda datang lewat dan mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk khidmat konsultasi secara atas talian bersama doktor kami. Terima kasih.