Sulit
5 tahun
Period lambat dan pinggang di bahagian kiri belakang sakit
Saya wanita berumur 27 thun… sebelum ni sy xpernah lmbt period… tp kali ni period sy xdtg lg, sudah hmpir 2 mnggu… jadi sy risau… hari spttnya sy kena haid, pinggang sy sakit sangat, dn sy pergi berurut… lps tu pnggang tetap sakit, tapi kurg… sy masih boleh bekerja mcm biasa cume tidak selesa. Selama beberapa hari ni sy kdg2 kena kram perut mcm senggugut… tp dia on off … kejap ada… kjp xde… sy juga ada sakit dibahagian kelopak mata dan badan saya berasa panas…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























