
Sulit
4 tahun
Period lambat dan postinor
saya period on time. Last saya period pada 1 jun hingga 6 jun. Selepas itu saya ada mkn postinor pada 10 jun 1 biji dan selepas 12 jam 1 biji. Saya ada pendarahab pada 15 jun sehinnga 18 jun. Dan skrng sy blum period lagi. Sy sd test kehamilan tp negatif

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Sukar untuk saya menjawab sekiranya ia petanda kehamilan. Saya sarankan untuk anda melakukan ujian UPT selepas 2 minggu anda tidak datang haid. Hal ini kerana sekiranya ujian ini dilakukan terlalu awal, keputusan boleh menjadi negatif walaupun anda mengandung disebabkan tahap hormon yang masih terlalu rendah.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.